Tuesday, December 22, 2009

Apa Itu Aromaterapi


Aromaterapi merupakan amalan menggunakan pati ekstrak semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan beraroma khas untuk meningkatkan tahap kesihatan badan, minda dan emosi kita. Di dalam definasi lain, aromaterapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental.

Pati tumbuhan dikenali sebagai pati minyak yang mengandungi pati atau tenaga dalaman yang diperlukan untuk kehidupan dalam sesuatu keperluan hidup tumbuh-tumbuhan tersebut. Maka, faktor inilah yang digunapakai oleh manusia di dalam bidang aromaterapi di mana pati minyak menjadi nadi utama untuk bidang ini. Pati minyak ini mampu untuk menyeimbang dan mengharmonikan badan juga minda serta mampu untuk memberikan kesan dan dimensi baru dalam hidup anda.

AROMATERAPI merujuk kepada terapi menggunakan aroma. Lazimnya, penghasilan minyak aromaterapi adalah melalui gabungan minyak pati asli daripada tumbuhan melalui proses ekstrak penyulingan. Istilah ‘Aromaterapi’ sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: “Aroma”, yang bermakna bau, atau haruman, dan “Therapy”, yang bermakna rawatan. Inti bunga-bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir dan India semenjak sekurang-kurangnya 6000 tahun dahulu. Asal–usul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya. Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina, India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciri–ciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat. Minyak pati asli boleh digabungkan mengikut sukatan tertentu untuk menghasilkan kesan baik kepada manusia antaranya untuk tujuan anti tekanan ataupun menjadi pewangi kepada bilik. Minyak pati juga boleh ditambah beberapa titik ke dalam tab mandi untuk tujuan menambah kesegaran dan ketenangan ketika mandi.


Mengapa minyak pati SUTRA?
  • Mudah menyerap ke dalam kulit membran sel.
  • Menyerap ke seluruh badan dalam masa setengah jam.
  • Bauan yang dikeluarkan terus dikesan oleh otak melalui olfactory bulb.
  • Mempengaruhi perasaan dan pemikiran kerana bau merupakan deria emosi yang terbaik.
  • Memiliki pelbagai fungsi disebabkan struktur kimianya yang amat kompleks.

0 comments on "Apa Itu Aromaterapi"

Post a Comment

Followers

 

My Blog List

Terapi Sutra Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Deluxe Templates